Anda tak suka Facebook Popup Album yang baru?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sudah lama saya tak update blog ini. Dan hari ini, saya nak berkongsi sedikit mengenai update Facebook yang agak baru, iaitu Facebook Popup Album — lihat screenshot di bawah dan mungkin anda lebih faham update yang saya maksudkan:

Baru-baru ini, saya ada dengar sesetengah orang tak suka Facebook Popup Album yang baru, atau nama betulnya: Facebook Photo Theater Mode. Tips mudah yang saya pernah dengar, kita boleh klik butang refresh, atau tekan kekunci F5, untuk keluar daripada Theater Mode berkenaan. Saya ada cara yang lebih berkesan sekiranya anda nak matikan terus fungsi tersebut, iaitu anda boleh gunakan satu script simple yang saya hasilkan. Script tersebut boleh digunakan bagi Mozilla Firefox dan Google Chrome.
Langkah-langkah untuk pengguna Mozilla Firefox
Script ini telah diuji menggunakan Mozilla Firefox version 3.6.13 (boleh dilihat melalui menu “Help” -> “About Mozilla Firefox”).
Firefox Langkah 1: Install add-on Greasemonkey
- Anda perlu install add-on Greasemonkey untuk Firefox anda. Klik sini untuk install.
- Apabila anda mendapat paparan seperti berikut, klik pada butang “Install Now”.

- Anda perlu restart Firefox anda selepas install add-on ini.
Firefox Langkah 2: Install script
- Install script Greasemonkey yang telah saya hasilkan untuk elak Facebook Photo Theater Mode. Klik sini untuk install.
- Apabila anda mendapat paparan seperti berikut, klik pada butang “Install”.

- Selepas ini, anda sepatutnya tidak akan melihat lagi Facebook Photo Theater Mode tersebut. (Sila refresh browser anda sekiranya anda sudah mempunyai skrin Facebook yang telah dibuka sebelum anda install script ini.)
Firefox Langkah –1: Nak semula Facebook Photo Theater Mode?
Jangan risau, fungsi tersebut tidak hilang terus. Anda boleh mendapatkannya kembali pada bila-bila masa.
- Di dalam Firefox anda, buka skrin Add-ons (menu “Tools” -> “Add-ons”).
- Klik pada tab “User Scripts” (yang bergambar muka monyet tu). Skrin seperti berikut:

- Cari nama “Disable Facebook Photo Theater — ShamsulAmry.com” sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu list.
- Klik pada butang “Disable” atau “Uninstall”. Sekiranya anda klik pada butang “Disable”, anda boleh “Enable” kembali di kemudian hari tanpa perlu install semula.
Langkah-langkah untuk pengguna Google Chrome
Script ini telah diuji menggunakan Google Chrome versi 9.0.597.98 (boleh dilihat dengan menekan butang spanar di bahagian atas kanan skrin, diikuti menu “About Google Chrome”).
Chrome Langkah 1: Install script
- Install script yang telah saya hasilkan untuk elak Facebook Photo Theater Mode. Klik sini untuk install.
- Apabila anda mendapat paparan seperti berikut di bahagian bawah kiri skrin, klik pada butang “Continue”.

- Kemudian, anda sepatutnya akan mendapat paparan seperti berikut. Klik pada butang “Install”.

- Selepas ini, anda sepatutnya tidak akan melihat lagi Facebook Photo Theater Mode tersebut. (Sila refresh browser anda sekiranya anda sudah mempunyai skrin Facebook yang telah dibuka sebelum anda install script ini.)
Chrome Langkah –1: Nak semula Facebook Photo Theater Mode?
Jangan risau, fungsi tersebut tidak hilang terus. Anda boleh mendapatkannya kembali pada bila-bila masa.
- Di dalam Chrome anda, buka skrin Extensions (tekan butang spanar di bahagian atas kanan skrin, diikuti menu “Tools” -> “Extensions”). Anda akan mendapat skrin seperti berikut:

- Cari nama “Disable Facebook Photo Theater — ShamsulAmry.com” sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu list.
- Klik pada link “Disable” atau “Uninstall”. Sekiranya anda klik pada link “Disable”, anda boleh “Enable” kembali di kemudian hari tanpa perlu install semula.
Anda sudah install script ini?
Apa pendapat anda mengenai script ini? Anda suka? Adakah script ini berfungsi dengan baik? Tinggalkan komen anda di bawah. Saya harap artikel kali ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih. ![]()


