Key Performance Indicator (KPI) 2011

11 hari dah berlalu dalam tahun 2011.
So note to self, antara azam tahun 2011 yang perlu dicapai by end of year:
- Perbaiki kesihatan. Kurangkan berat badan sebanyak 10 kg .. Jogging sejam sehari setiap pagi sebelum pergi kerja.. Hoho~
- Tambah pendapatan. Skill software development yang ada setakat ni mostly digunakan untuk mengkayakan company orang lain, sedangkan gaji bulanan maintain more or less the same juga, tak kira la banyak mana profit company dapat daripada titik peluh kita. Time to change that. Kayakan diri sendiri la pula, selain software development kena start mencari dan menimba ilmu marketing. Target untuk dapat RM 1000 sebulan would be a good start kot. Then RM 5000 sebulan for 2012, RM 10k sebulan for 2013 .…. 2015 capai status jutawan .. muahaha berangan too early, not good.

- Lebih banyak mencatit. Rasanya macam banyak benda juga yang missed sebelum² ni gara-gara terlupa dan kemudian terus tak ingat. Maybe. Ntah. Dah lupa. Banyak la agaknya. Mungkin antara benda yang terlupa tu merupakan some multimillion dollar idea ke mana tau kan. Hehe~ Kena start mencatit dan mencatit, ingat untuk bawa buku nota dan pen ke mana saja kita pergi.
- Bina kredibiliti. Untuk memudahkan proses menjual. Jual diri. Jual produk. Jual perkhidmatan. Setiap kali kalau nak menjual, mesti si pembeli (dalam kes mencari kerja, interviewer = pembeli yang akan beli perkhidmatan kita) tanya ni tanya tu untuk make sure kita jual benda berkualiti, sebab mereka masih belum kenal kita dan tak tau skill kita. So mungkin ada baiknya sekiranya bila nak dapatkan job (tak kira permanent ke, freelance ke, whatever), kita ada blog professional yang mungkin boleh dikongsi bersama mereka, berserta portfolio hasil kerja kita adalah lebih baik. Kena restart blogging nampaknya (usaha 2010 telah stop tengah jalan), this time more professional touch, knowledge sharing and with frequent updates (hopefully).
So sempena objektif nombor 4 di atas, saya akan berusaha untuk blogging semula, dan kali ini majoriti artikel dalam Bahasa Melayu. Kemungkinan topik perbincangan dalam blog ini akan banyak melibatkan perkongsian ilmu, maklumat, software dan sebagainya yang mainly dalam bidang IT dan keusahawanan.
Dan by the way, saya tengah buat free software. InsyaAllah nanti saya akan release dalam masa seminggu lebih kurang. ![]()
p/s: Blog masih dalam proses setting up dan redesigning, maka ada kemungkinan perubahan / ketidak-berfungsian mungkin akan berlaku dengan agak kerap untuk beberapa ketika.


