Balik Kelantan konon nak bercuti. Nak dijadikan cerita hari Selasa (16 Feb 2010), round nak cari klinik panel Great Eastern / Compumed (company punya panel provider) di Kota Bharu sebab nak check ada bengkak tetiba tumbuh. Pusing punya pusing, susah betul nak cari klinik panel yang buka. Rasanya lagi banyak klinik yang tutup daripada yang buka, sempena cuti Raya Cina.

Sebab susah dan dah malas punya pasal, terus redah Hospital Pakar Perdana. Dah sampai hospital, nasib baik hospital buka (takkan hospital pun cuti Raya Cina ye tak). Jumpa doktor. Doktor kata abscess, kena masuk wad untuk buat pembedahan kecik nak buang benda tu. Second time kena masuk wad seumur hidup setakat ni, first time masuk wad hospital swasta. Tak tau prosedur apa kena buat. Jakun.

Ikut je apa nurse / kerani / pembantu doktor / pape la nama jawatan tu suruh buat:

  1. Dia tanya ada insuran tak. Ya, saya ada (sambil mengeluarkan kad medikal Prudential BSN Takaful daripada wallet). Bagi je kat nurse tu, dia pun uruskan selebihnya.
  2. Dah setel urusan insuran. Dia tanya nak bilik camne. Saya kata, nak bilik paling best yang kad medikal tu boleh cover. Dapat la bilik bertiga sebab bilik berdua dan bilik single fully occupied. Bilik VIP tak masuk cerita sama sekali.
  3. Lepas tu dia bawa turun bawah ke kaunter pembayaran pesakit luar. Kena bayar RM250 deposit, akan dapat balik lepas discharge nanti kata pegawai yang duduk kat kaunter terima bayaran tu.
  4. Dah bayar tu nurse tu pun bawa ke wad. Hmm, bilik bertiga tapi takde orang lain. Cool.

Duduk dalam wad sambil tengok TV. Nak makan tak boleh, doktor suruh puasa. Tunggu je la sejam dua tiga jam untuk sesi pembedahan. Ni kira first time nak kena bedah, walaupun kecik. No idea apa akan jadi, tapi nurse ada bagitau doktor akan bagi bius. So mula terpikir, bagi bius tu camne. Pandangan akan jadi gelap macam rasa nak pitam tu ke? Ke pandangan akan distort lepas tu pengsan? Tu la dia teka-teki yang kerap bermain dalam otak ni sebelum masa pembedahan. Rasa macam excited pun ada gak memikirkan soalan tu, langsung takde rasa gementar, kenapa entah.

Then ada sorang pesakit baru masuk katil sebelah. Alaa, dah takde privacy. Takpe lagi. Tak lama lepas tu, sorang lagi pesakit masuk katil hujung sana. Hoi hoii, ni hospital ke pasar malam? Bising. Bising. Bisinggg. Nak melawat buat la cara nak melawat, jangan buat cara shopping kat pasar malam. Nurse, belum ada bilik single yang kosong ke? Aihh~

Sampai masanya, nurse suruh baring atas katil, dia nak tolak ke bilik pembedahan. Saya pun cakap, “Nurse, saya jalan kaki je boleh tak?”, di dalam hati. Terbaring atas katil tengok je la lampu-lampu siling tu bergerak macam dalam cerita set ER tu. Tetiba rasa gementar mula datang sikit demi sikit. Aihh, apsal plak nak start gementar ni. Masuk je bilik pembedahan, nurse bagi borang nak sign. Dia kata kena sign sebab doktor nak inject bius. Tak sempat nak baca apa borang tu tulis, tengah rasa sikit cemas dah masa tu. Tapi terbayang macam dia tulis, “Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pape jadi kat anda” je. Huhu~

Doktor pun start cucuk bius, sambil nurse pegang benda yang supply oksigen tu ke muka. Doktor suruh bernafas oksigen tu perlahan-lahan. Masa tu otak start pikir balik, konon nak cabar lawan tengok berapa lama boleh bertahan nak lawan effect bius tu. Konon boleh la tahan sekejap sebelum mata mula lelap. Hampeh. Beberapa saat lepas tu, terasa macam berpinar je mata. Next thing, nurse cakap, “Dah bangun Encik Shamsul?”. Aihh, bila masa pengsan ni? Tak sempat nak melawan pun lagi. Tanya nurse, berapa lama dah saya pengsan. Nurse kata dah sejam lebih.

Nurse tanya, larat tak nak bangun pindah katil. Cuba bangun, boleh bangun, tapi tak berapa nak larat angkat tubuh ni. Bius still in effect. Pindah katil sebelah, then nurse pun tolak katil tu balik wad. Untuk malam tu sampai esoknya, sekadar rehat-rehat sambil kena inject antibiotik, makan pil dan sebagainya. Semalam doktor kata pagi boleh discharge, tapi petang baru datang check. Doktor tak baik, tak ikut janji. Nak balik. Doktor dah bagi release, nurse plak kata biasa nak proses insuran amik masa 3-4 jam juga. Aihh pulak. Nak balik~

2 PM, time tu doktor kata boleh balik. 5 PM, baru nurse panggil kata insuran dah siap proses. Pergi kaunter nak collect ubat dan deposit. Tapi ubat je dapat collect, deposit tak dapat. Kena tambah lagi ada. Insuran cover 90% je, 10% kena bayar duit sendiri. Nasib baik ada duit masa tu. Takpe, nanti claim insuran opis punya la untuk 10% tu, boleh kot. Semalam ada call agen insuran Prudential tu, bagitau saya kena masuk wad. Tanya apa kena buat. Dia ada sebut pasal ko-takaful, kalau masuk satu malam je kena bayar 10%, dan apa entah lagi. Tak paham. Redah je la. Sekarang dah boleh keluar. Horei! Kesian wife semalaman susah nak tido kat wad tu gara-gara gangguan jiran dan nyamuk.

So, beberapa pengajaran berkaitan dan kurang berkaitan yang telah diperolehi kali ni:

  1. Sila bawa duit lebih ke hospital sekalipun anda ada kad medikal apa jenis sekalipun. Just in case kad medikal tu cover 90% je, macam saya. Sebaiknya study balik pasal penggunaan kad medikal tu dengan agen insuran anda.
  2. Great Eastern / Compumed tak best. Susah nak cari klinik panel yang boleh terima kad dia. Kalau boleh terima pun, kad dia bukan jenis yang boleh senang-senang swipe macam certain medical card yang lain. Tapi customer service dia OK, walaupun tak berapa membantu sebab dia tak boleh nak provide klinik panel berdekatan daerah di Kelantan. End up pergi klinik memana, bayar pakai duit sendiri dan kemudian claim balik, dan tunggu entah berapa bulan sebelum claim tu diproses.
  3. Sekiranya anda pengguna Celcom, anda boleh call *118# untuk mendapatkan menu di mana anda boleh activate perkhidmatan Broadband Daily yang membolehkan anda menggunakan internet dengan caj RM6 selama 24 jam (instead of 10 sen bagi setiap 10 KB) apabila anda bosan di dalam wad.

Sekian saja entry untuk kali ni. Nak keluar pergi klinik untuk tukar dressing tempat dibedah tu. Doktor bagi MC 7 hari, cuti seminggu Raya Cina kali ni tak perlu guna annual leave. Yess! ;)