Gmail di domain anda sendiri?
Anda ada webhosting dan domain anda sendiri? Anda guna tak mailbox yang disediakan oleh syarikat hosting anda itu? Atau anda gunakan Gmail / Yahoo / email-email lain? Sekiranya anda menggunakan Gmail, tahukah anda yang anda boleh pasang Gmail di domain anda sendiri?

Saya tergerak untuk olah artikel kali ini berikutan saya perasan tak kurang banyak juga mereka yang berniaga secara online, ada blog/website sendiri jual barang dan sebagainya, dengan webhosting dan domain sendiri, tapi meletakkan alamat email Gmail (atau Yahoo, atau Hotmail, atau apa-apa saja, selain daripada domain sendiri) untuk dihubungi. Bukan ke nampak lebih professional sekiranya email yang diberikan juga merupakan email di domain sendiri.
Maksud saya, mana yang anda nampak lebih professional, katakanlah saya ada website perniagaan saya di SoftwareAmry.com. Di laman “hubungi saya”, saya letak statement:
- “Anda ada pertanyaan? Hubungi saya di alamat email: [email protected]”
- Atau, “Anda ada pertanyaan? Hubungi saya di alamat email: [email protected]”
So, apa pendapat anda? Alamat email yang mana satu yang anda rasa lebih profesional?
(Sekiranya anda rasa alamat email pada pernyataan nombor 1 tu — [email protected] — nampak lebih profesional, layan jelah selera saya dan anggap email pada pernyataan nombor 2 tu — [email protected] — nampak lebih profesional, supaya saya boleh teruskan artikel ini OK!
)
OK, so anda pun bersetuju dengan saya bahawa alamat email [email protected] nampak lebih profesional. Dalam artikel ini, saya akan go through langkah demi langkah bagaimana saya setup alamat email sendiri yang dihos oleh Gmail.
Kenapa saya cadangkan hos email menggunakan Gmail
Sekiranya anda telahpun menggunakan alamat email @DomainAnda.com, tahniah saya ucapkan. Anda nampak lebih profesional! (pada pandangan saya, hehe)
Tapi, boleh saya tanya siapa yang menyediakan perkhidmatan email @DomainAnda.com itu? Bagi kebanyakan orang, perkhidmatan email tersebut disediakan oleh syarikat webhosting yang mereka langgani. Bukan tak boleh, tapi bukankah lebih baik sekiranya kita biarkan syarikat yang lebih besar dan lebih pakar untuk hos email kita?
Pernahkah anda terfikir:
- Apa akan terjadi sekiranya email server syarikat webhosting anda down?
Email yang dihantar kepada alamat email anda pada ketika email server syarikat webhosting anda down mungkin kena bounce, maksudnya pengirim akan dapat mesej error. Tidak salah untuk saya katakan perkhidmatan Gmail amat stabil sekali bukan? - Apa akan terjadi sekiranya saiz mailbox anda sudah melebihi kuota?
Email yang dihantar kepada anda mungkin akan kena bounce, atau lebih teruk lagi, mungkin hilang begitu sahaja. Pengirim tidak tahu yang emailnya tidak sampai, dan anda pula tidak tahu yang ada email untuk anda. Gmail menyediakan saiz mailbox maksimum sebesar melebihi 7 GB, kemungkinan untuk penuh amat jauh sekali! - Apa akan terjadi sekiranya anda hendak berpindah syarikat hosting anda?
Email-email lama anda tidak akan dapat dipindahkan bersama, akan hilang begitu saja. Habis baik pun, anda cuma boleh forward semua email tersebut ke alamat email yang lain, atau muat turun semua email anda. Sekiranya anda telah dari awal lagi hos email anda menggunakan Gmail, anda cuma perlu memindahkan webhosting anda saja, tanpa perlu runsing untuk memindahkan email-email anda. (Tetapi sudah tentu akan menjadi masalah sekiranya anda buat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Gmail untuk hos email anda.)
Selain itu juga, selepas anda selesai melakukan proses pemasangan seperti yang akan diterangkan selanjutnya, secara automatik anda juga boleh menggunakan alamat email untuk login ke Google Talk! Ya, anda boleh login [email protected] ke dalam Google Talk, dan orang lain juga boleh add [email protected] ke senarai contact Google Talk mereka.
Ambil perhatian sebelum anda mulakan pemasangan
- Anda perlu mengubah DNS bagi domain anda untuk melakukan perkara ini. Sila pastikan anda ikuti langkah-langkah yang telah disenaraikan dengan teliti. Kesilapan dalam mengubah DNS anda mungkin boleh menyebabkan website anda tidak dapat diakses. Sekiranya ini berlaku, sila hubungi support syarikat webhosting anda dan minta mereka perbetulkan DNS anda. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang mungkin anda hadapi sekiranya mengikut panduan ini.
- Saya mungkin akan memasukkan screencast (video screenshot skrin saya sendiri) supaya anda boleh melihat segala pergerakan yang saya lakukan untuk melakukan pemasangan ini. Sila berminat, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. Saya tidak akan memasukkannya sekiranya panduan di bawah sudah cukup buat anda.
- Sekiranya anda berminat untuk memasang Gmail di domain anda sendiri, tetapi anda tidak mahu melakukannya sendiri, saya boleh lakukannya untuk anda, dengan bayaran upah sebanyak RM 40 satu domain. Sila tinggalkan permintaan di ruangan komen di bawah, atau boleh PM saya di Facebook saya sekiranya anda berminat.

- Secara amnya, setelah selesai semua langkah-langkah pemasangan, ia mungkin mengambil masa sehingga 48 jam sebelum email yang dihantar ke alamat @DomainAnda.com untuk tiba ke mailbox Gmail yang telah anda pasang. Dalam tempoh itu, tidak dijamin semua email akan tiba ke mailbox Gmail yang telah anda pasang itu. Mungkin terjadi email yang dihantar oleh Rakan A tiba di mailbox Gmail, tetapi email yang dihantar oleh Rakan B tidak tiba di mailbox Gmail anda itu. Itu merupakan perkara biasa. Oleh itu, sila tunggu sehingga 48 jam sebelum memaklumkan alamat email baru anda itu.
Daftar Google Apps untuk domain anda
- Pergi ke laman web berikut: https://www.google.com/a/cpanel/domain/new
- Saya mengandaikan yang anda telah mempunyai domain name sendiri — Di dalam ruangan “Enter your domain name”, masukkan nama domain anda. Sebagai contoh, saya mahukan alamat email @shamsulamry.com, maka saya pun memasukkan “shamsulamry.com” ke dalam ruangan tersebut.
- Klik pada butang “Get Started”.
- Anda akan sampai ke page “Sign up for Google Apps (step 2 of 3)”. Isikan ruangan dalam page tersebut, terutamanya yang ada tanda *, itu semua adalah wajib diisi. Terdapat ruangan dengan teks “Google Apps requires changes to DNS to properly set up services”, anda tick sahaja pada checkbox di situ.
- Setelah selesai mengisi kesemua ruangan wajib, tekan butang “Continue” di bahagian bawah page tersebut.
- Anda akan sampai ke page “Set up — Create your first administrator account (step 3 of 3)”. Di sini anda boleh masukkan username apa saja yang anda ingin jadikan sebagai akaun admin bagi domain anda itu.
- Setelah selesai memilih username dan password bagi akaun admin anda, dan anda telah memasukkan word verification yang dipaparkan, sila klik butang “I accept. Continue with set up »” di bahagian bawah page tersebut.
- Anda akan menerima email bertajuk “Google Apps: sign-up confirmation and next steps”. Email tersebut akan dihantar ke alamat yang telah anda daftarkan dalam Langkah 4 di atas. Sekiranya anda teruskan daripada page yang akan dipaparkan kepada anda, anda akan sampai ke page di mana anda boleh aktifkan Google Apps anda. Anda juga boleh tutup browser anda sekarang dan aktifkan di lain waktu, tiada masalah.
Aktifkan Google Apps untuk domain anda
Ada dua cara anda boleh pergi ke page pengaktifan tersebut:
- Anda boleh sambung terus setelah anda siap mendaftar Google Apps tersebut.
- Anda boleh pergi ke control panel Google Apps untuk domain anda. Alamat bagi control panel tersebut diberi di dalam email yang telah dihantar kepada anda. Di dalam control panel tersebut, akan ada butang “Activate Google Apps” — klik butang tersebut.
Tujuan pengaktifan tersebut ialah untuk memastikan anda merupakan pemilik sah bagi domain tersebut. Bagi proses pengaktifan itu pula, Google telah menyediakan 4 cara yang anda boleh lakukan. Anda boleh memilih mana-mana saja cara yang anda rasa mudah untuk anda lakukan.
Sekiranya anda tidak pasti cara mana satu yang boleh anda lakukan, saya cadangkan ambil saja cara ketiga yang disenaraikan: “Upload an HTML file to your server” dan ikut arahan yang diberikan — cara paling mudah, pada pendapat saya. Untuk cara ini, anda perlu mengetahui bagaimana untuk upload file ke server anda. Kebiasaannya, anda boleh upload file dengan menggunakan FTP, atau melalui fungsi file manager yang turut biasa disediakan oleh kebanyakan syarikat webhosting.
Setelah anda melengkapkan arahan bagi pengaktifan domain anda, tekan butan “Verify”. Anda akan kembali ke control panel Google Apps anda setelah proses pengaktifan anda berjaya.
Konfigurasi DNS melalui cPanel
Setelah anda aktifkan akaun Google Apps anda, anda kemudiannya perlu melakukan sedikit konfigurasi ke atas DNS anda. Di sini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai DNS Entry yang perlu anda lakukan, dengan mengambil beberapa screenshot cara melakukannya melalui cPanel, yang merupakan control panel yang popular dan banyak digunakan oleh syarikat webhosting Linux.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil bagi cPanel:
- Login ke cPanel anda.
- Di dalam cPanel anda, anda perlu masuk ke dalam ruangan “MX Entry” anda:

- Setelah anda memasuk ruangan MX Entry tersebut, pilih domain yang telah anda daftarkan sebelum ini untuk Google Apps.
- Skrol ke bahagian bawah skrin, kebiasaannya anda akan mempunyai satu entry di situ dengan nama domain anda sendiri, dan priority 0. Klik pada link “Edit”, masukkan priority 100, dan tekan butang “Edit”.
- Add beberapa lagi entry melalui ruangan “Add New Record” di skrin supaya ruangan “MX Records” anda mempunyai senarai DNS Entry seperti berikut:

Destination yang perlu anda masukkan: aspmx.l.google.com, alt1.aspmx.l.google.com, alt2.aspmx.l.google.com, aspmx2.googlemail.com, aspmx3.googlemail.com. Sila pastikan anda masukkan kesemuanya mengikut susunan seperti di dalam screenshot di atas. - Untuk langkah berikutnya, kita akan tambah rekod SPF ke DNS anda. Secara asasnya, kita tambah rekod SPF bertujuan bagi mengurangkan lagi kebarangkalian email yang dihantar daripada domain anda dicop sebagai spam oleh server penerima email. Untuk langkah ini, anda perlu kembali ke laman pertama yang anda lalui selepas login ke cPanel, dan masuk ke dalam ruangan “Advanced DNS Zone Editor” anda:

Untuk makluman, akses ke ruangan tersebut mungkin tiada bagi sesetengah cPanel, ini bergantung kepada syarikat webhosting yang anda gunakan. Sekiranya tiada, kebiasaannya anda boleh menghantar email kepada support syarikat webhosting anda dan meminta supaya “Advanced DNS Zone Editor” anda diaktifkan. Anda juga boleh berhenti setakat ini saja kerana anda telah selesai melakukan semua yang wajib bagi membolehkan anda menggunakan Gmail di domain anda!
- Sekali lagi, di dalam ruangan berikutnya juga anda perlu pilih nama domain yang telah anda daftarkan untuk akaun Google Apps anda.
- Di ruangan “Add a record”, masukkan maklumat seperti berikut:

Anda perlu memasukkan teks ini ke dalam ruangan TXT Data:
v=spf1 include:_spf.google.com ~all - Klik butang “Add Record”, dan itu sahaja. Anda telah siap segala langkah yang diperlukan!

Penutup
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, artikel ini masih berstatus draf. InsyaAllah saya akan kemaskini hujung minggu ini. Anda boleh lawat semula hari Isnin hadapan untuk versi final release. Atau anda boleh terus mengupah saya untuk memasangnya untuk anda sekiranya anda rasa proses pemasangan ini terlalu teknikal / membuang masa anda, tetapi anda tetap mahukan Gmail, Google Talk dan semua Google Apps yang lain di domain anda sendiri. ![]()


