Teknikal

Gmail di domain anda sendiri?

Anda ada webhosting dan domain anda sendiri? Anda guna tak mailbox yang disediakan oleh syarikat hosting anda itu? Atau anda gunakan Gmail / Yahoo / email-email lain? Sekiranya anda menggunakan Gmail, tahukah anda yang anda boleh pasang Gmail di domain anda sendiri?

Gmail di domain anda sendiri

Saya tergerak untuk olah artikel kali ini berikutan saya perasan tak kurang banyak juga mereka yang berniaga secara online, ada blog/website sendiri jual barang dan sebagainya, dengan webhosting dan domain sendiri, tapi meletakkan alamat email Gmail (atau Yahoo, atau Hotmail, atau apa-apa saja, selain daripada domain sendiri) untuk dihubungi. Bukan ke nampak lebih professional sekiranya email yang diberikan juga merupakan email di domain sendiri.

Maksud saya, mana yang anda nampak lebih professional, katakanlah saya ada website perniagaan saya di SoftwareAmry.com. Di laman “hubungi saya”, saya letak statement:

  1. Anda ada pertanyaan? Hubungi saya di alamat email: [email protected]
  2. Atau, “Anda ada pertanyaan? Hubungi saya di alamat email: [email protected]

So, apa pendapat anda? Alamat email yang mana satu yang anda rasa lebih profesional?

(Sekiranya anda rasa alamat email pada pernyataan nombor 1 tu — [email protected] — nampak lebih profesional, layan jelah selera saya dan anggap email pada pernyataan nombor 2 tu — [email protected] — nampak lebih profesional, supaya saya boleh teruskan artikel ini OK! ;) )

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh buat akaun [email protected] sendiri.

komen - Apa pendapat anda?  Ditulis oleh Amry, pada 27/01/2011 jam 10:29 am.

Kategori: Teknikal   Tag: