Mengenai Shamsul Amry

Salam perkenalan. Terima kasih kerana singgah sebentar ke page ini untuk mengetahui serba sedikit mengenai diri saya. Saya rasa anda memang best! :)

Nama saya Shamsul Amry Mokhtar, berumur 28 tahun. Tinggal di Wangsa Maju, tak jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur yang serba sibuk.

Serba Sedikit Mengenai Saya

Saya dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur. Antara minat saya yang utama ialah membangunkan software. Saya mula terjebak dalam dunia programming semasa saya berumur 11–12 tahun. Masa tu zaman DOS, daripada main game Prehistorik, God dan sebagainya, saya gatal tangan untuk explore komputer yang perlukan disket untuk start. Dalam kegatalan mencuba itu dan ini, saya terjumpa aplikasi Quick Basic, satu scripting tool pada masa itu.

Kemudian, pada masa saya berumur 13 tahun, kakak pula tengah ambil kursus Sains Komputer di USM Penang. Satu hari saya terjumpa assignment dia dalam komputer, cuba-cuba sikit dan nampaknya komputer memberikan respon kepada apa yang saya buat — printf(“Hello world!”); sebenarnya pun. Itu saat pertama saya kenal bahasa pengaturcaraan C. Dari saat itu juga minat saya terhadap bidang pengaturcaraan komputer berkembang – saya dapat belajar sendiri menggunakan Visual Basic, HTML, Flash, Director, Lingo, PHP, dan sebagainya.  Dan semua itu berlaku sehingga saya berumur 17 tahun.

Lepas SPM, saya dapat tawaran untuk belajar di UTM Skudai dalam kursus Integrasi Sains Komputer (pilihan pertama saya). Alhamdulillah, rezeki saya dapat ambil kursus yang memang saya minat. Dan ini merupakan kali pertama saya dapat guna aplikasi minat saya “secara sah”. Sebelum masuk UTM tu kira saya belajar lebih kepada syok sendiri, belajar suka-suka. Ada la sikit-sikit assignment berupah saya buat untuk kakak dan kakak sepupu saya, hehe. Fast forward, saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer pada tahun 2006, Alhamdulillah.

Pada tahun 2005 tu, saya dah mula kerja pertama saya secara part time sebagai programmer di sebuah syarikat di Johor Bahru, sambil menghabiskan semester terakhir saya dengan sedikit subjek dan selebihnya Final Year Project. Setahun kemudian, selepas konvo, saya pun berhenti kerja dan berpindah kembali ke Kuala Lumpur setelah lebih kurang 6 tahun menjadi penduduk tetap di Johor Bahru.

Sejak menetap semula di Kuala Lumpur, saya telah bekerja di beberapa syarikat swasta. Syarikat pertama merupakan sebuah syarikat di Petaling Jaya yang membangunkan software perbankan. Kemudian saya bekerja di syarikat Oil & Gas di Cyberjaya. Dan sekarang saya bekerja di syarikat IT outsourcing di pusat bandar Kuala Lumpur. Oh ya, semua kerja yang sudah disebutkan tu, saya merupakan software developer .NET, kecuali untuk syarikat perbankan di PJ tersebut yang mana saya develop guna Java dan Google Web Toolkit.

Sekarang, saya sudah berkahwin dengan isteri saya selama 2 tahun lebih. Dan ada juga sikit terdetik rasa dah bosan kerja makan gaji. Bermula tahun ini, saya akan berusaha untuk sedikit demi sedikit, beralih angin daripada hidup yang terlalu sibuk untuk mencari makan, kepada kehidupan yang lebih tenang untuk menghasilkan duit. Argh, ayat yang berterabur. Rasa lebih senang faham untuk merujuk kepada kata-kata asal yang pernah saya baca (tak ingat di mana).

Most people are too busy earning a living to make money.”

Saya nak keluar daripada kelompok tersebut. InsyaAllah!

Matlamat Saya

Fokus saya ialah untuk membantu individu, usahawan dan organisasi menjalankan sesuatu aktiviti dengan lebih efisyen, melalui penggunaan software yang menjadi pemudah kerja. Apa yang anda sedang buat sekarang, saya akan kaji dan lihat kemungkinan untuk memudahkan lagi kerja anda.

Ya, sudah tentu segala kajian dan aktiviti yang saya lakukan di sini akan membawa saya ke arah kehidupan mengikut rentak saya sendiri, tapi motif sebenar saya ialah untuk membantu anda.

Saya percaya kita perlu beri lebih daripada apa yang kita dapat. Saya akan cuba untuk memenuhi prinsip tersebut dengan menghasilkan sesuatu yang berkualiti melebihi jangkaan untuk setiap projek saya.

Apa Kerja Saya

Saya bantu orang lain untuk menjadi lebih efisyen. Bagaimana? Saya hasilkan software, mengkaji mengenai teknologi software yang boleh dimanfaatkan, berkongsi maklumat di blog ini, dan lain-lain lagi.

Di samping kerja tetap yang saya lakukan, senarai klien untuk projek freelance yang pernah saya lakukan juga terdiri daripada organisasi kecil hingga besar yang memerlukan software khas. Dan kini, saya akan bergerak ke arah mempunyai perniagaan sendiri.

Bagaimana Untuk Hubungi Saya

Terima kasih kerana bersinggah dan saya harap anda mendapat manfaat daripada apa yang saya buat!